HiKaYat ALaM SeNgKeTa.

...Tersurat Bicara Rahsia...

9:58 PM

wuduk dan sains..sambungan 2

Posted by alamsengketa |

sambungan.........5 lagi berada di kawasan antara buku lali dan lutut..iaitu kawasan yang di sunatkan berwuduk. Berhubung kawasan tersebut..Imam Muslim meriwayatkan kata nabi yang bermaksud :" Sesiapa yang mampu antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan GHURRAH dan TAHJEELnya"..

Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel bermaksud membasuh tangan melebihi kawasan siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu antara buku lali dan lutut..Tafsiran ini di sebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A Qadir Hassan, Muammal Hamidy, Drs Imron Am dan Umar Fanany B.A( Pustaka Bina Ilmu, Surabaya). Justeru, berwuduk di samping merupakan salah satu ibadah dalam Islam, ia juga mengandungi penawar yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit..

Seterusnya Dr. Magomed Magomedov berkata apabila seseorang menyentuh mukannya semasa berwuduk, ia meransang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan di basuh dan di gosok ia meransang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid dan kawasan pinggang(lumbar area)

Apabila kaki kiri di basuh dan di gosok , saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.....


petikan : Quran Saintifik..Meneroka kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
Dr.Danial Zainal abidin..

0 comments:

Post a Comment

Subscribe