HiKaYat ALaM SeNgKeTa.

...Tersurat Bicara Rahsia...

12:28 PM

aduhhh.....MeNgaPa??

Posted by alamsengketa |


Mengapa selalu berubah-rubah

tidak teguh tidaklah tetap
bergoyang-goyang tidak terarah
tolonglah Tuhan berilah mantap

cuma hamba cuma biasa
tidak nampak tanpa cahaya
mungkin ini ujian semata
kerana dosa kelakuan biasa

Jangan di beban gunung-gunungan
tidak termampu untuk menahan
jangan di sesat di hujung jalan
ambillah daku dalam beriman

Hamba berharap juga berhajat
sengketa ini bukan terhebat
sangatlah bimbang jadi selirat
tolonglah Tuhan tolonglah rawat

Mungkin hamba cepat melatah
tidak ditimbang tidak difikir
tapi asalnya niat mengarah
mahu merungkai jerat si kafir

andai wujud segalanya baik
teguhlah daku dalam pegangan
andai buruk bakal menaik
gagalkan semua dalam rancangan...

karya : alam sengketa


0 comments:

Post a Comment

Subscribe