HiKaYat ALaM SeNgKeTa.

...Tersurat Bicara Rahsia...

10:29 AM

HaTi - HaTi

Posted by alamsengketa |

"Wahai hati dari mana asal mu
Duhai hati bagaimana khabarmu
Engkau dicipta pelbagai rasa
Tundukkan diri pada yang Esa."

"Wahai hati cukupkah cahaya
Adakah gelap itu selesa
Carilah mana letak bahagia
Adakah tahan hidup derita."

"Wahai hati senyumlah memanjang
Buat melihat jadi santapan
Berilah sayang bukan berperang
Membangkit kasih tidak tertahan."

"Duhai hati banyak memberi
Hasil mendatang berkali-kali
Suka akanmu tidak dinafi
Hias akhlakmu jangan kotori."

"Wahai hati hampirkan diri
Pada yang Perkasa pemilik semesta
Agar tenang langsung terisi
Petaka melanda reda segera."

"Duhai hati tukar dirimu
Laksana emas nilai diburu
Hadirmu nanti ditunggu-tunggu
Hilangmu pula rindu menyerbu."

HaSil karYa : alam sengketa

0 comments:

Post a Comment

Subscribe