HiKaYat ALaM SeNgKeTa.

...Tersurat Bicara Rahsia...




Penyembelihan rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila(صبرا & شاتيلا) berlaku pada 16 September 1982, di Beirut, Lubnan, dalam kawasan di bawah kawalan Israel, oleh pengganas kristian Lubnan. Tragedi itu berlaku selama 3 hari..menyaksikan beribu rakyat Palestin di bantai dengan kejam..

Kisah Bermula

Pada ketika itu, Lubnan berada dalam keadaan perang saudara membabitkan siri pakatan yang rumit. Antaranya adalah pakatan antara Israel dan Kristian Lubnan, diketuai oleh parti Phalangist dan kumpulan bersenjata. Mereka sedang bertikai dengan pihak Muslim, termasuk Palestin yang diwakili oleh Organisasi Pembebasan Palestine "Palestine Liberation Organization (PLO). Penyembelihan antara kaum etnik berbeza adalah perkara biasa ketika perang saudara tersebut, yang menyaksikan hampir seramai 100,000 mangsa antara 1975 dan 1990, tetapi Israel mendakwa bahawa pengalamannya bekerjasama dengan Phalangist sebelum penyembelihan tersebut tidak menunjukkan sebarang kecenderungan di kalangan mereka mengenai keganasan terhadap orang awam. Pemimpin Phalangist pada masa itu, Bachir Gemayel, amat popular di kalangan Maronites, sebenarnya terkenal kerana kejam dan telah pernah membunuh bakal saingannya. Dia dilantik sebagai Presiden Lubnan pada 23 Ogos. Pihak Israel telah melatih, membekalkan senjata, bekalan, dan juga pakaian seragam kepada pasukan Phalangist semenjak 1976.

Pihak PLO telah menggunakan Lubnan sebagai tapak melancarkan serangan terhadap sempadan utara Israel, dan berasaskan alasan tersebut, Israel telah menceroboh selatan Lubnan pada 6 Jun 1982. Di bawah perjanjian perletakan senjata ditaja oleh Amerika Syarikat yang ditandatangani pada akhir Ogos, pihak PLO bersetuju untuk meninggalkan Lubnan dibawah pengawasan antarabangsa dan Israel bersetuju untuk tidak mara ke dalam Beirut dan menjamin keselamatan orang awam Palestin yang tinggal di khemah-khemah. Pada 1 September, pengunduran pejuang PLO telah lengkap dan pada 10 September pasukan antarabangsa (Amerika Syarikat, Perancis, dan Itali) menyelia pengunduran tersebut telah berundur. Bagaimanapun pada 14 September 1982, Bachir Gemayel telah dibunuh, menyebabkan pasukan Phalangist bersumpah untuk membalas dendam. Pembunuh tersebut kemudiannya dipercayai sebagai agen Syria, tetapi Menteri Pertahanan Israel ketika itu Ariel Sharon meletakkan tanggungjawab pembunuhan tersebut ke atas penduduk Palestin, yang menambah kemarahan Phalangists yang telah diketahui membenci penduduk Palestin.

Kematian Gemayel juga menyebabkan keadaan huru-hara, yang menyebabkan pemimpin Israeli ingin memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menceroboh Beirut Barat. Pihak pengintipan Israeli mendakwa bahawa khemah Sabra dan Shatila untuk pelarian Palestin di Beirut masih mempunyai sehingga 2,000 anggota PLO (yang didakwa tidak berundur, walaupun syarat perjanjian awal di mana PLO perlu meninggalkan Lubnan) dan bersama senjata, dakwaan yang tidak berasas dan dipertikaikan (lihat di bawah).


Kejadian


Pihak bersenjata Phalangist dan Pasukan Pertahanan Israel "Israel Defense Forces" (IDF) mencapai persetujuan bahawa IDF akan mengawal sempadan kem dan Phalangists akan mengusir keluar ahli PLO dan menyerahkan mereka kepada pasukan Israeli. Arahan Sharon kepada Phalangist menegaskan bahawa IDF akan mengawal semua pasukan di dalam kawasan tersebut. Pada petang 16 September 1982, IDF mengelilingi kem dan pasukan Phalangists menceroboh masuk, di bawah pemerintahan Elie Hobeika. Untuk 36 jam berikutnya, pasukan Phalangists menyembelih kesemua penduduk kem, sementara pasukan IDF memasuki Beirut Barat.


Pihak IDF telah mengelilingi dan menutup kawasan kem dan meletakkan pos pemerhati pada bumbung di bangunan tinggi berhampiran. Menjelang tengah hari Khamis, pihak Israel mengumumkan bahawa ia mengawal semua kawasan penting di Beirut. Pihak IDF bermesyuarat sepanjang hari dengan pemimpin Phalangist, termasuk Elie Hobeika, untuk membincangkan kemasukan mereka ke dalam kem.

Pada pukul 4 petang,Khamis 16 september, 1500 orang bersenjata berkumpul dan mula bergerak ke arah kawasan kem, dan unit pertama 150 orang memasuki kawasan kem pada waktu maghrib, bersenjatakan senapang, pisau dan kapak. Dari awal malam sehingga lewat tengah malam, pada kedua-dua malam, pihak IDF menembak flare penerang di atas kawasan kem.


Dalam masa beberapa jam pertama itu sahaja mereka telah merogol, membunuh dan mencederakan ratusan orang awam yang kebanyakannya adalah pelarian Palestin terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang telah dikepung di dalam kem-kem tersebut.
Pada pukul 11 malam, satu laporan telah sampai ke ibu pejabat tentera Israel di Beirut Timur yang mengatakan sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dalam tempoh 5 jam pertama.

Mereka terus membunuh orang-orang awam dengan mengelar leher, membunuh dengan kapak serta menembak mereka. Ramai di kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan telah dirogol


Sungguhpun begitu, pasukan bantuan Phalangist tiba di kem pada pagi Jumaat. Sepanjang masa tersebut, tentera Israeli secara perseorangan menyaksikan sebahagian daripada penyembelihan tersebut. Pada waktu lain anggota pasukan kereta kebal melihat beberapa orang, wanita, dan kanak-kanak dibawa ke stadium (kelihatannya untuk ditembak). Sesetengah tentera IDF diletakkan di sekeliling kem mematuhi arahan mereka dan mengusir kembali pelarian yang cuba melarikan diri. Yang lain melaporkan apa yang mereka lihat kepada orang atasan mereka. Anggota Phalangist sering datang meminta makanan, air, dan peluru sepanjang penyembelihan tersebut. Pada pukul 11:30 pagi, Jeneral IDF Yaron memerintahkan Phalangist untuk berhenti mara. Perintah tersebut kelihatannya tidak dipatuhi langsung. Selepas itu pada waktu petang, perbincangan Majlis Pegawai Israel memutuskan untuk memberikan lanjutan masa kepada pasukan Phalangist sehingga 5 pagi keesokan harinya. Tekanan Amerika yang dicetuskan oleh khabar angin mengenai penyembelihan itu merupakan sebab mendorong kepada keputusan untuk menghentikan pasukan Phalangist. Pasukan IDF juga membekalkan pasukan bersenjata dengan jentolak tambahan.

Pengganas Phalangist tidak keluar dari kem pada pukul 5 pagi Sabtu seperti diperintahkan; sebaliknya, mereka keluar pada pukul 10 pagi, selepas memaksa mereka yang masih hidup untuk beratur keluar dari kem, membunuh mangsa secara rawak, dan menghantar kebanyakan yang lain ke stadium untuk soal-siasat, yang berlarutan sepanjang hari.
Pasukan IDF tidak memasuki kem ketika itu, untuk mengelak pembabitan. Pemberita asing pertama dibenarkan memasuki kem pada 9 pagi dan apabila menjumpai beratus-ratus mayat bergelimpangan merata-rata, kebanyakannya dikelar, memancarkan berita rasmi mengenai penyembelihan tersebut sekitar waktu tengah hari.

Jumlah sebenar mangsa tidak diketahui. International Committee of the Red Cross (ICRC) menganggarkan sejumlah 2,750 mangsa. Jumlah Israeli, berasaskan perisikan IDF, meletakkan jumlah sehingga 700-800, jumlah yang sama dipetik oleh pihak berkuasa Lubnan dan kebanyakan sumber Barat, dan laporan lain menyebut antara 300 sehingga 3,000.


Sumber berita Palestin pula mengatakan bahawa antara 3,000 dan 3,500 pelarian Palestin telah dibunuh; sebanyak 1,000 hingga 1,500 hilang dan kira-kira 1,000 orang yang lain telah melarikan diri.


Siapakah arkitek tragedi Sabra dan Shatila ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ariel Sharon yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Beliaulah pemimpin pengganas Yahudi yang pernah berkata:
* “Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang Palestin dari Gaza dan Tebing Barat ke Jordan.”
(New York Times, 17 Mei 1982)






0 comments:

Post a Comment

Subscribe