Tahun(2008) ni adalah tahun kedua saya berpuasa di negara Mesir..dan akan menyambut Aidilfitri juga di sini. tapi kali ini saya di Mansurah..tahun lepas puasa dan beraya di kaherah, bersama teman-teman di Wisma Darul Ridzuan.. Mungkin saya akan dapat sedikit kelainan pada tahun ni..berpuasa di sini tidak lah terlalu teruk..cuma sambutan Aidilfitri tidak semeriah di tanahair...ishk..ishk..teringat pulak mak dan abah di Malaysia..suasana di hari raya pertama..(ingat nak raya jeee)
Untuk pengetahuan, saya melanjutkan pengajian saya di Mansurah, negeri Daqahlia..salah satu cawangan Azhar di Mesir dan juga akan melanjutkan umur saya juga di sini...hehe..(berapa lama lagi saya kat sini...entahla) Tetapi saya gembira setakat ni, tinggal di Mesir, suatu pengalaman hidup yang akan saya kenang sampai bila-bila.....pengalaman di negara orang.. Sebenarnya saya sangat suka bergelar pelajar..tambah lagi pelajar universiti kerana kebebasannya..kalau kome nak tahu..kehidupan sebagai seorang pelajar universiti adalah saat yang paling manis..nanti kome dah kerja esok baru kome rasa, terkenang2 zaman belajor....sebab itulah saya tak nak pencen lagi dari belajar..hehe.
Saya tenang dan gembira di Mansurah..(setakat ni laaa..akan datang tuhan je yang tahu)..Gambar atas tu adalah salah satu simbol di Mansurah..nampak tak? patung Umi Kalthum..bukan nak bangga dengan patung tu..haram...tetapi dialah penyanyi pujaan rakyat Mesir..kelahiran Mansurah,penyanyi lagenda..macam Saloma laa..lagunya masih di dengar sehingga kini..sedap sangat ke suara dia?? cuma orang Mesir sahaja yang tahu menilai..sesuai dengan selera deme..pernah seorang kawan Arab pasang lagu Umi Kalthum ketika saya ziarah kampung dia..saya dengar biasa je.. muziknya pun tak menarik perhatian saya..muzik klasik.. mungkin sebab saya tak faham lagu tu...liriknya berkisar tentang cinta..bait-bait bahasa yang indah..memuja kekasih.. luahan perasaan dan sebagainya..lantak laaa
Semoga Allah memberi lebih banyak kebaikan dan rahmat pada kita semua..di mana saja kita berada.. Berikanlah keampunan kepada kami Ya Allah..di bulan Ramadhan ini

0 comments:
Post a Comment