HiKaYat ALaM SeNgKeTa.

...Tersurat Bicara Rahsia...

10:53 PM

hanya di Pakistan

Posted by alamsengketa |












8:38 AM

Sekadar sebuah kisah

Posted by alamsengketa |

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dia pun rasa amat malu semacam dan tak mahu keluar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memangggil polis , bomba dan seorang ahli psikologi merangkap motivator untuk pujuk wanita itu keluar.......

Kata ahli psikologi merangkap motivator.."Cik. keluarlah..apa nak dimalukan.Perkara biasa je ni."

Wanita muda itupun menjawab." Tak mau, tak mau, saya malu......"

Ahli psikologi merangkap motivator itu menambah," Alah cik..tahun lepas saya ada satu kes lagi teruk, perempuan tu beranak dalam longkang!!!"

Wanita muda itu terus meraung lalu berkata.." Yang tu pun saya gak...waaa!!! "


dipetik: Buku Membina Rasa Cinta..(Dr. HM Tuah Iskandar)

8:46 AM

soalan iQ

Posted by alamsengketa |

Begini, ada 2 buah bilik. Dalam satu bilik itu ada 3 suis manakala di dalam satu bilik lagi ada 3 mentol.

Bagaimana kita dapat tahu suis mana untuk menyalakan mentol yg mana.
Kita hanya boleh pergi ke bilik yang mempunyai mentol itu sekali sahaja.

Selamat menjawab....

11:51 AM

cinta sejati

Posted by alamsengketa |

Terdapat suatu cerita mengenai cinta. :-)

Pada masa dahulu, terdapat dua orang sedang berehat di bawah pokok yang besar.Di hadapan mereka terdapat padang yang luas yang dipenuhi dengan pelbagai bunga yang berwarna-warni.Bunga-bunga di situ sungguh cantik dan menarik.
Dua orang yang sedang berehat di situ adalah merupakan seorang guru dan anak muridnya.

Sedang mereka berehat anak murid bertanya kepada gurunya.

Bagaimana kita dapat jumpa kekasih sejati kita.(soulmate)?

Sambil terkejut dengan soalan anak muridnya,si guru pun berkata.

Soalan itu sebenarnya mudah dan agak susah

Mengapa guru berkata demikian?”,tanya anak murid dengan kehairanan.

Begini sebenarnya, untuk menjawab soalan yang kamu tanya tadi, sekarang cuba kamu lakukan perkara ini. Kamu jalan sahaja dari sini sampai ke hujung padang ini. Petik satu sahaja bunga yang kamu fikir cantik. Ingat cuma satu sahaja. Kamu juga dilarang berpatah balik.

Baiklah saya akan menurut arahan guru.Tunggu saya sebentar,”kata anak murid tersebut sambil berjalan untuk membuat perkara yang disuruh gurunya.

Selang beberapa ketika,anak muridnya kembali.

Guru tak nampak pun ada bunga di tangan kamu?”,tanya guru sambil tersenyum.

Begini ketika saya berjalan, saya ternampak satu bunga yang cantik, tetapi apabila saya ingin memetiknya saya terfikirkan mungkin ada bunga lebih cantik lagi di hadapan. Ini menyebabkan saya tidak jadi memetiknya. Saya terus berjalan dan sehinggalah saya sampai ke hujung padang ,baru saya sedar saya tidak memetik langsung bunga pun. Oleh kerana mengikut arahan guru maka sebab itu saya tidak mengundur kembali .

Guru itu pun menjawab,”begitulah kehidupan anak muridku”.

Pembaca sekalian, begitulah kehidupan yang berlaku sekarang ini. Bunga-bunga yang ada dipadang tersebut boleh dianggap sebagai calon-calon teman sejati kita.Laluan yang kita laluinya pula boleh dianggap sebagai garis masa kita dan anak murid tersebut adalah kita.

Oleh kerana terlalu memilih, akhirnya menyebabkan kita menjadi tamak.Kesannya kita terlepas peluang keemasan dalam kehidupan kita.Paling teruk kita terlepas untuk mendapat Cinta kita yang sejati.


11:36 AM

cerita inspirasi.....kutu

Posted by alamsengketa |

Hari ini mari kita belajar daripada kutu. Kita bukan nak bercakap tentang rambut yang berkutu. Kalau tentang perkara tersebut, kena dapatkan tips daripada blog kesihatan atau penampilan diri. :-)

Tetapi hari ni kita ingin belajar tips motivasi daripada kutuDaripada kutu pun kita boleh belajar tips motivasi tahu. Indahnya ciptaanNya.

Tahukah anda kutu mampu melompat berkali-kali ganda lebih tinggi daripada saiznya? Hebatkan? Itulah kemampuan yang telah diberikan kepadanya oleh Allah.

Sebuah kajian telah dibuat terhadap kutu. Mereka meletak beberapa kutu ke dalam sebuah balang. Dan balang tersebut tidak ditutup. Didapati kutu-kutu tersebut mampu melompat keluar. Kali ini, apa yang dilakukan oleh para pengkaji adalah meletakpenutup pada balang tersebut. Pada mulanya, kutu melompat dan menghentak penutup balang tersebut beberapa kali. Selepas beberapa lama, kutu tersebut tidak lagi menghentak penutup balang. Mereka melompat dan turun semula sebelum mengenai penutup balang tersebut.

Kemudiannya, para pengkaji membuka dan tidak lagi menutup balang tersebut. Apa yang terjadi? Kutu tersebut tidak dapat keluar daripada balang tersebut. Mengapa? Padahal sebelum ini, kutu-kutu sebelum ini begitu mudah sahaja melepaskan diri daripada balang tersebut. Tetapi mengapa berlainan kali ini.

Sebabnya mereka telah selesa dengan had lompatan mereka. Mereka seolah-olah telah memberitahu bahawa batasan mereka sekadar ketinggian tersebut sahaja. Mereka telah selesa dengan keadaan baru.

Pengajarannya.Begitu juga dengan kita. Sebenarnya kita mempunyai potensi yang cukup hebat. Kalau diberi peluang kita mampu menggegar dunia ini dengan bakat kita. Kita mampu mencapai impian dengan potensi yang ada pada diri kita. Tetapi malangnya kita telah dihadkan dengan balang penutup pemikiran kita. Kita takut untuk mencuba. Kita memberitahu diri kita bahawa had kita sekadar ketinggian itu sahaja.Tetapi jauh di sudut diri kita, kita tahu kita ingin pergi jauh lagi. Setuju?

Terokalah potensi kita. Kita adalah makhluk yang cukup hebat yang diciptaNYa. Janganlah kita menjadi diri kita seperti kutu yang selesa dengan ketinggian balang. Tetapi gunakan potensi yang sememangnya ada pada diri kita untuk lebih berjaya. Kita sahaja tahu kemampuan diri kita. Jadilah kutu biasa yang berani melompat tinggi. Buangkanlah zon selesa pemikiran kita untuk menerobos sempadan diri kita.

” Anda mampu mencapai apa yang anda percaya.”

Subscribe