Imtiyaz Sufiyah menangis sedu
Permata hati Sazamir & Izda
Saya di sini menumpang lalu
mengucap salam lebaran mulia
Ke Utubis Jadid mencari teman
Dari Dirasat rumah kediaman
Tahmid bertakbir erti ketenangan
bagi insan penuh kekurangan
Tempik sang keldai kuat sekali
Terjulur lidah membawa bebanan
Meriah berkumpul di Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Dari Mau'af ke Utubis Dauli
Mahu ke Kaherah hajat di hati
Sinar aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Berjalan kaki pergi kuliah
Kuliah terletak di Salam Murur
Pelbagai kuih dan juga juadah
Duit raya bila nak hulur
Naik tremco ke Kubri Talkha
Singgah di Omdah berbuka puasa
Sama-sama menyambut hari raya
Saling bermaafan sesama kita
Mansurah tempat yang istimewa
ramai sekali pelajar Malaysia
Belajar perubatan dan juga agama
Indah gembira di hari raya
Naik tut-tut seronok sekali
ke Syari' Madrob arah haluan
Saya menyusun sepuluh jari
salah dan silap harap maafkan
Terima kasih tidak terperi
Atas budimu duhai pembaca
Ambil kesempatan ucapan diri
Selamat hari raya pada semua
alamsengketa: salam perantauan dari Mansurah....Mesir
Permata hati Sazamir & Izda
Saya di sini menumpang lalu
mengucap salam lebaran mulia
Ke Utubis Jadid mencari teman
Dari Dirasat rumah kediaman
Tahmid bertakbir erti ketenangan
bagi insan penuh kekurangan
Tempik sang keldai kuat sekali
Terjulur lidah membawa bebanan
Meriah berkumpul di Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Dari Mau'af ke Utubis Dauli
Mahu ke Kaherah hajat di hati
Sinar aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Berjalan kaki pergi kuliah
Kuliah terletak di Salam Murur
Pelbagai kuih dan juga juadah
Duit raya bila nak hulur
Naik tremco ke Kubri Talkha
Singgah di Omdah berbuka puasa
Sama-sama menyambut hari raya
Saling bermaafan sesama kita
Mansurah tempat yang istimewa
ramai sekali pelajar Malaysia
Belajar perubatan dan juga agama
Indah gembira di hari raya
Naik tut-tut seronok sekali
ke Syari' Madrob arah haluan
Saya menyusun sepuluh jari
salah dan silap harap maafkan
Terima kasih tidak terperi
Atas budimu duhai pembaca
Ambil kesempatan ucapan diri
Selamat hari raya pada semua
alamsengketa: salam perantauan dari Mansurah....Mesir
1 comments:
sandub x de ke dalam pantun ni...hehee...selamat hari raya
Post a Comment